Tuduhan: Mencuri karya klasik Indonesia Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia

Sebagai satu langkah pemeliharaan sastera Melayu silam, penyelidik dari Malaysia telah membeli, mengumpul dan menyalin sastera lama Melayu yang terdapat di merata dunia termasuk yang terdapat di Britain, Belanda, dan Portugal, sama ada dalam bentuk salinan, gambar dan mikrofilem.

Penyelidik peringkat sarjana dan doktor falsafah dari universiti Malaysia dikatakan pergi ke Acheh dan pedalaman Sumatera untuk membeli karya-karya klasik hasil tulisan penduduk Indonesia. Perkara ini pernah dilakukan oleh orientalis barat yang juga pegawai British dan Belanda seperti Sir Stamford Raffles , W.G Shellabear dan R.O Winstedt. Orientalis ini meminta, meminjam dan membeli karya-karya lama ini untuk disalin, disimpan dan dibawa balik ke London, Leiden dan lain-lain. Mereka terlalu menghargai hasil tulisan tangan dan karya lisan penduduk tempatan. Abdullah Abdul Kadir pernah menjadi penulis dan penyalin karya kepada Stamford Raffles di Singapura. Dokumen-dokumen ini direkodkan tempat dan tarikh ia didapati dengan teliti sebagai rujukan bagi kajian di masa hadapan, sesetengahnya turut disebarkan secara percuma seperti Hikayat Charang Kulina di MyManuskrip

Perkara ini menimbulkan tuduhan bahawa Malaysia mencuri karya klasik Indonesia, sedangkan bagi pihak Malaysia ia dilihat sebagai langkah pemeliharaan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia http://www.asiaquarterly.com/content/view/160/1/ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://otak2.blogspot.com/2007/12/malingsia-very-p... http://umum.kompasiana.com/2009/08/28/peneliti-mal... http://www.malaysiakini.com/news/125328 http://www.mysinchew.com/node/5513 http://www.beritaindonesia.co.id/cms/component/con... http://books.google.com.my/books?id=KyIeAAAAMAAJ&q... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takhorma... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...